Friday 10 April 2015

BORANG PERMOHONAN

YURAN PROGRAM



PELAJAR YANG BERJAYA DALAM PERMOHONAN PERLULAH MENYEDIAKAN YURAN PEMPROSESAN SEBANYAK RM 200. PERBELANJAAN SEPANJANG PROGRAM AKAN DITANGGUNG SEPENUHNYA DAN RM 200 AKAN DIPULANGKAN SEMULA DENGAN SYARAT-SYARAT YANG TERTENTU. 

KEMBARA ILMU DAN KASIH


KEMBARA ILMU DAN KASIH : “MENYUSURI TANGISAN ACHEH ”
ANJURAN PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0              TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan daripada Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni untuk bekerjasama dengan Persatuan Mahasiswa Undang-undang College of Law (UUM COLGIS) untuk mengadakan khidmat bakti siswa dan perkongsian pintar, KEMBARA ILMU DAN KASIH: “MENYUSURI TANGISAN ACHEH” dan memohon bantuan kewangan untuk menjayakan program khidmat bakti tersebut.

2.0              PENGENALAN

Program ini merupakan salah satu program yang dirancang oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi UKM dengan kerjasama pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Undang-Undang dan Perniagaan (BPLB), Universiti Utara Malaysia dan dijalankan oleh Biro Perhubungan Awam, Persatuan Mahasiswa Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia. Pihak UUM telah memilih Fakulti Sains dan Teknologi untuk bersama menjalankan program ini bersama pihak UUM. Program ini berbentuk program “knowledge transfer” dan khidmat bakti siswa ke Rumah Anak Yatim Yayasan Antarabangsa, Bandar Acheh dan Darul Tahfiz Anak Yatim Sri Al’ Ain Acheh. Sesuai dengan kehendak KRA UKM yang pertama untuk mahasiswa UKM mempunyai nilai berdaya saing dan inovatif, pihak PMFST mengemukakan kertas kerja ini untuk menjalankan projek dan membina jalinan dan jaringan dengan pihak universiti di luar negara.  Kedua-dua buah rumah anak yatim yang telah dipilih ini telah diwujudkan setelah bumi Acheh dilanda tsunami. Berikutan daripada bencana tersebut, ramai anak-anak di bumi Acheh menjadi yatim piatu. anak yatim tersebut telah hilang tempat untuk bergantung rezeki dan pendidikan. Oleh itu, rumah anak yatim ini telah dibina untuk anak-anak yatim ini mendapat tempat tinggal dan pendidikan. Selain menyumbang bakti di rumah anak yatim tersebut, pihak UUM COLGIS dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST) UKM telah bersetuju untuk mengadakan lawatan ilmiah ke sebuah universiti tempatan iaitu Universitas Syiah Kuala di Acheh. Lawatan ilmiah tersebut akan merangkumi lawatan ke Fakultas Hukum dan Fakultas Matematika dan Ilmu Pengatahuan Alam. Tujuan lawatan ke Universitas Syiah Kuala ini adalah untuk menjalankan perkongsian pintar antara pihak PMFST yang mewakili Fakulti Sains dan Teknologi dan juga Universitas Syiah Kuala. Perkongsian pintar ini juga menjadi salah satu bidang kerberhasilan utama UKM atau KRA UKM yang ketiga.

3.0              OBJEKTIF
Objektif program ini diadakan adalah untuk dijadikan sebagai satu medium kepada pelajar-pelajar BPLB dan PMFST dalam menjalinkan kerjasama antara pelajar dan masyarakat dalam menjayakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dengan cara memberi dan mencari sumbangan untuk anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Yayasan Antarabangsa dan Yayasan Seri Al-Ain di Acheh. Pelajar-pelajar BPLB dan PMFST juga dapat mempraktikkan kemahiran berkomunikasi bersama dengan anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Yayasan Antarabangsa dan Darul Tahfiz Anak Yatim Sri Al’ Ain Acheh. Kerjasama yang dipohon daripada pihak pelajar BPLB untuk pelajar-pelajar PMFST memberikan pendidikan sains dan kesihatan(perkongsian pintar) kepada anak-anak yatim dapat memberikan pengalaman kepada pelajar untuk mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari untuk berbakti kepada masyarakat. Lawatan dan perkongsian pintar yang dirancang untuk ke Fakultas Matematika dan Ilmu Pengatahuan Alam diharap dapat membuka mata dan minda pelajar-pelajar FST UKM tentang kaedah dan suasana pembelajaran di sana. Melalui program ini juga, hasrat UKM untuk menghasilkan graduan yang berilmu pengetahuan, kompetensi, daya inovasi dan daya saing yang memenuhi keperluan negara dan masyarakat sejagat dapat dicapai seterusnya menaikkan lagi nama baik UKM sama ada dalam negara mahupun di luar negara.

4.0       TEMA
“MENYUSURI TANGISAN ACHEH”

5.0       ANJURAN
            Exco Akademik dan Penyelidikan
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi
            Universiti Kebangsaan Malaysia
            Dengan Kerjasama UUM COLGIS, Universiti Utara Malaysia
6.0       TARIKH
            Tarikh: 07 - 10 Ogos 2015
7.0       TEMPAT PROGRAM
            Rumah Anak Yatim Yayasan Antarabangsa, Bandar Acheh
Darul Tahfiz Anak Yatim Sri Al’ Ain Acheh
Universitas Syiah Kuala, Jalan Teuku Nyak Arief Darussalam, Banda Aceh, Nanggroe Aceh Darussalam 23111, Indonesia

14.0     PERINCIAN PROGRAM
Program kerjasama antara UUM COLGIS dan PMFST ini akan diadakan di rumah anak yatim, maahad tahfiz dan di sebuah universiti tempatan. Program akan dimulakan dengan sesi di Rumah Anak Yatim Yayasan Antarabangsa, Bandar Acheh. Semasa sesi ini, akan diadakan ice breaking dan pengenalan bersama penghuni rumah anak yatim tersebut.
Lawatan dan Pembentangan di Universitas Syiah
Pelajar-pelajar dari UUM akan mengadakan lawatan dan pembentangan di Fakultas Hukum manakala pelajar dari FST UKM akan mengadakan lawatan dan perbincangan di Faculty of Mathematics and Natural Sciences. Matlamat lawatan ini adalah untuk membina jalinan dan juga jaringan antara Universitas Syiah Kuala dan juga UKM sendiri. Pelbagai perbincangan akan dilakukan seperti peluang kerjasama antara fakulti dan juga peluang untuk program pertukaran pelajar ke fakulti di Universitas Syiah Kuala.
Sesi bersama anak yatim di Rumah Anak Yatim Yayasan Antarabangsa dan Darul Tahfiz Anak Yatim Sri Al’Ain Acheh
Sesi bersama anak yatim ini adalah untuk pelajar-pelajar dari UKM dan UUM untuk lebih mengenali dan beramah mesra dengan penghuni di situ. Pelajar-pelajar UKM dan UUM akan cuba untuk menyelami perasaan dan juga memberikan motivasi kepada anak-anak yatim di rumah anak yatim tersebut untuk terus cekal dan tabah dalam mendepani kehidupan dan cabaran yang mendatang dalam hidup mereka. Diharapkan agar melalui sesi ini, para pelajar yang mempunyai nilai kemasyarakatan yang tinggi dan mempunyai jiwa yang luhur dapat dilahirkan untuk kebaikan universiti dan Negara.
Gotong-royong di rumah anak yatim
 Aktiviti ini diakan untuk memperindah dan mempercantikkan lagi kawasan tempat tinggal mereka dan cuba untuk membantu dari segi tenaga untuk kebaikan rumah anak yatim tersebut.
Perkongsian penjagaan kesihatan dan kebersihan diri
Aspek kesihatan perlu dititikberatkan dalam diri setiap individu sejak kecil lagi. Seperti kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, perkongsian ini diadakan khusus oleh pelajar dari FST UKM untuk penghuni di rumah anak yatim tersbeut. Perkongsian ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan panduan untuk mereka dalam menjaga kesihatan dan juga kebersihan diri mereka supaya kekal sihat dan aktif.
Perkongsian ilmu matematik dan bahasa Inggeris
Aktiviti ini adalah berbentuk tutoring dimana pelajar UKM akan mengetuai aktiviti ini. Pelajar UKM dan UUM akan membantu penghuni di rumah anak yatim tersebut untuk mendalami dan memahami ilmu matematik serta kepentinggannya dalam kehidupan seharian. Tutoring bahasa inggeris juga dititikberatkan kerana status bahasa tersebut yang merupakan bahasa yang menjadi pertuturan dunia ketika ini.